Majlis telah diadakan pada 23 Nov 2011 bersamaan dengan 13 Muharram 1433H di Surau Taman Wira Mas.
SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1432 DI TAMAN WIRA MAS
KRT Taman Wira Mas telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 24 Sep 2011 bersamaan dengan 26 Syawal 1432H di Perkarangan Dewan Taman Wira Mas. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi siratulrahim antara penduduk dan menguatkan lagi perpaduan penduduk taman ini.
En. Ismail bin Zakaria selaku Pegawai Perpaduan telah sudi
hadir pada majlis tersebut. Selain daripada itu juga, majlis
ini juga dihadiri oleh jiran KRT dan penduduk.
AJK dan penduduk senang membuat persiapan Sambutan
Hari Raya Aidil Fitri pada 23 Sep 2011
AJK dan penduduk sedang membuat persiapan akhir
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 24 Sep 2011
MESYUARAT AJK KRT TAMAN WIRA MAS SIRI 3/2011
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 15 Sep 2011 di Dewan Taman Wira Mas
Mesyuarat tersebut juga membincangkan tarikh perlaksanaan Sambutan Hari raya
Aidilfitri Tahun 1432H di Taman Wira Mas
Gambar-Gambar Sepanjang Mesyuarat Dijalankan
MESYUARAT AJK KRT SIRI 2/2011
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 4 Jul 2011 di Dewan Taman Wira Mas yang di Pengerusikan oleh Pengerusi KRT Taman Wira Mas.
Gambar-Gambar Sepanjang Mesyuarat Dijalankan
TAKLIMAT KRT OLEH PEGAWAI PERPADUAN DAERAH KUBANG PASU
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Ismail bin Zakaria - Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu pada 30 April 2011 (Sabtu) di Dewan Taman Wira Mas.
UCAPAN TERIMA KASIH
Pengerusi dan AJK KRT Taman Wira Mas ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih di atas kehadiran dan penglibatan penduduk-penduduk Taman Wira Mas dalam menjayakan Karnival Sukaneka di Taman Tengku Maheran pada 23 April 2011 (Sabtu) yang lalu. Pengerusi juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK-AJK yang dilantik kerana berjaya mengkoordinasikan program tersebut dengan jayanya. Semoga kerjasama ini akan berterusan.
MESYUARAT AJK KRT TAMAN WIRA MAS 1/2011
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 20 April 2011 di Dewan Taman Wira Mas. Mesyuarat tersebut dibuat bertujuan untuk melantik AJK-AJK Kecil untuk Program Karnival Sukaneka Anjuran Taman Tengku Maheran pada 23 April 2011
Gambar-Gambar Semasa Mesyuarat Dijalankan
Subscribe to:
Posts (Atom)